Nafas Berbau?

Nafas Berbau?

6th October 2015 - 7:02 pm
0 Comments
By

Penyebab nafas berbau:

  1. Makanan seperti bawang,bawang putih,dll.
  2. Masalah pergigian seperti kurang kebersihan gigi, penyakit gusi,gigi yang rosak,plak,gigi palsu yang tidak bersih.
  3. Mulut kering,terutama sewaktu tidur.
  4. Penyakit sistemik seperti jangkitan paru-paru kronik,abses pari-paru,kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.kencing manis yang tidak terkawal,refluks asid dari perut,dsbnya.
  5. Keadaan kesihatan mulut,tekak dan hidung seperti infeksi sinus dan bronkitis.
  6. Merokok
  7. Mengamalkan diet yang keterlaluan.

Cara mengurangkan nafas berbau:

  1. Gosok gigi setiap kali selepas makan.Bawa berus gigi ke tempat kerja anda.
  2. Gunakan flos sekali sehari untuk membuang sisa makanan dicelah gigi.
  3. Gosok lidah anda untuk membuang sel-sel yang telah mati,bakteria serta sisa makanan.
  4. Bersihkan gigi palsu anda dengan sebaik mungkin.
  5. Minum banyak air,makan chewing gum(yang tidak mengandungi gula)untuk merangsang pengeluran air liur supaya mulut tidak sentiasa kering.
  6. Tukar berus gigi anda setipa 3-4 bulan kerana berus gigi yang lama akan membiakkan bakteria serta tidak berkesan untuk membersihkan gigi.
  7. Lawat klinik pergigian setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan serta rawatan cuci gigi (Scaling).
Next Post Previous Post

Comments are closed.