Soal Jawab Agama JAKIM

Soal Jawab Agama JAKIM

6th October 2015 - 8:14 pm
0 Comments
By
  1. Soalan: Hukum memakai gigi palsu kekal? Perlukah ditanggalkan bila mati?
    Jawapan: Harus memakai gigi palsu. Apabila meninggal dunia hendaklah ditanggalkan ataupun dibuang. Bagi gigi palsu yang kekal tidak perlu ditanggalkan/dibuang.
  2. Soalan: Apakah hukumnya menanam gigi iaitu gigi palsu yang dipakai secara menanam dalam gusi. Adakah ianya haram atau sebaliknya.
    Jawapan: Hukumnya adalah harus kerana ada masalah dari perbuatan tersebut.
  3. Soalan: Sekiranya jenazah ada memakai gigi palsu adakah perlu ditanggalkan atau bolehkah di bawa bersama pengkebumian dan adakah menjadi kesalahan jika tidak ditanggalkan.Jawapan: Alat palsu termasuklah gigi palsu yang terdapat pada jenazah perlu ditanggalkan. Sekiranya tidak menyukar dan menyakitkan jenazah.
  4. Soalan: Saya ingin sentuh tentang megubah ciptaan tuhan pada tubuh badan manusia.
    Adakah salah membetulkan gigi yang rata? Sesetengah golongan hadis mengatakan salah. Tetapi jika gigi orang tersebut jongang,maka adakah boleh dibetulkan. Jika sumbing pula bagaimana?
    Jawapan: Dalam keadaan-keadaan yang saudara sebutkan di atas,tidak dinamakan
    Mengubah ciptaan Allah kerana ia bertujuan menutup keaiban seseorang.Adapun yang dinammakan mengubah ciptaan Allah s.w.t ialah:

    1. Mengubah ciptaan Allah dengan niat menukar ciptaan Allah yang asal
      umpamanya dari hitam menjadi putih/mengubah hidungnya yang kembang
      menjadi mancung melalui pembedahan.
    2. Bertujuan untuk riak.
  5. Soalan: Apakah hukumnya mengubah bentuk/warna atau memasukkan sesuatu ke dalam
    bahagian-bahagian badan demi kesihatan (seperti mengganti gigi yang patah atau
    memasukkan pacemaker untuk jantung yang lemah) dan demi kecantikan untuk
    suami ( seperti mewarnakan rambut dengan inai atau pembesaran buah dada
    melalui pembedahan)?Jawapan: Harus bagi tujuan perubatan dan kesihatan dan ianya dari bahan-bahanyang tidak
    diharamkan.
Next Post Previous Post

Comments are closed.