Harga

Bergantung pada jenis rawatan yang anda perlukan, contoh kos rawatan biasa adalah seperti berikut.


  • Cuci gigi — Untuk perkhidmatan rawatan cuci gigi secara profesional, kos biasa adalah dalam lingkungan RM80 hingga RM150 (bergantung kepada tahap kekotoran gigi).
  • Tampalan — Menyelamatkan gigi anda adalah keutamaan nombor satu kami. Supaya gigi anda tahan lebih lama, tampalan diperlukan jika gigi berlubang. Kami menggunakan bahan tampalan terbaik untuk menampal gigi supaya anda memperolehi senyuman yang boleh dibanggakan. Bergantung pada saiz tampalan/kerumitan, kos rawatan tampalan biasanya antara RM80 hingga RM150.
  • Cabutan — Dalam kes di mana gigi terpaksa dicabut kerana tidak dapat diselamatkan, kos untuk cabutan adalah dalam lingkungan RM80 ke atas untuk cabutan biasa, dan untuk cabutan yang lebih sukar dan melibatkan pembedahan kecil RM250.
  • Ortodontik — Untuk membetulkan susunan gigi berlapis atau tidak teratur, kos untuk mencantikkan gigi hanya RM6000 dan kami menyediakan kemudahan pembayaran secara ansuran, anda hanya perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1500 semasa pemasangan.

Kami menerima transaksi dalam bentuk wang tunai dan kad kredit sahaja untuk bayaran.

Visa Mastercard logos

  • Pembedahan Geraham Bongsu — Kami menyediakan rawatan yang dilakukan oleh seorang pakar pembedahan pergigian yang berpengalaman dan kos adalah dalam lingkungan RM800 hingga RM1000. (Bergantung kepada tahap kerumitan pembedahan tersebut).
  • Korona dan Jambatan — Untuk kes-kes di mana tampalan sahaja tidak memadai, kemungkinan sarung gigi atau korona perlu untuk memperkukuhkan struktur gigi yang telah lemah atau mencantikkan gigi yang bentuknya kurang cantik. Jambatan gigi adalah sebilangan korona yang bersambung untuk menggantikan gigi yang hilang, yang disimen secara kekal pada gigi yang bersebelahan dengan ruangan tanpa gigi tersebut, kosnya adalah dalam lingkungan RM600 ke RM1500 seunit (bergantung pada jenis bahan korona tersebut diperbuat).
  • Implan — Implan adalah akar gigi tiruan (yang diperbuat dari titanium) yang ditanam terus ke dalam rahang melalui prosedur pembedahan kecil, yang dilakukan oleh pakar pembedahan pergigian kami. Implan gigi berbeza dengan jambatan gigi tradisional kerana tidak bergantung kepada gigi bersebelahan sebagai penyokong. Kos untuk menggantikan sebatang gigi melalui implan adalah RM6500 termasuk korona terakhir.