Ortodontik

Disebabkan kami memahami situasi kewangan anda dalam keadaan ekonomi masakini, kami menyediakan pelan rawatan yang fleksibel untuk rawatan ortodontik (pemakaian braces).

Pemeriksaan gigi dan konsultasi adalah percuma, untuk memastikan kesesuaian gigi anda untuk rawatan ortodontik , bergantung kepada tahap rawatan yang diperlukan, kos rawatan ortodontik adalah dalam lingkungan RM4000 hingga RM5000. Rawatan lain seperti pengambilan study model RM50, Radiograf (xray) OPG dan Lateral Ceph. RM150, dan jika diperlukan cabutan gigi RM60 ( ke atas, bergantung kepada tahap kesukaran cabutan) untuk sebatang gigi, adalah tidak termasuk dalam kos ortodontik di atas.

Deposit untuk pemasangan braces yang diperlukan hanya RM1500 dan bayaran ansuran RM150 sebulan. Pelan pembayaran ini meyerupai pinjaman tanpa faedah.