Pemutihan Gigi

Kami menyediakan dua jenis rawatan pemutihan gigi. Rawatan yang pertama adalah jenis bawa pulang ke rumah, yang diimport dalam kuantiti yang besar dari pengilang di USA, jadi kami boleh memberi anda penjimatan yang lebih. Jenis ini harga rawatan cuma RM250 dan merangkumi 2 kali lawatan ke klinik, iaitu lawatan pertama untuk pemeriksaan gigi serta pengambilan acuan gigi, dan lawatan kedua untuk anda mengambil tray dan gel yang telah siap. Tempoh pemakaian tray dan gel ini adalah lebih kurang seminggu dan terbukti berkesan.

Jenis rawatan pemutihan gigi yang kedua adalah pemutihan gigi selama lebih kurang sejam, yang dilakukan di klinik oleh doktor gigi anda, yang menggunakan sistem “Beyond” dan kosnya RM1300. Rawatan ini memerlukan anda membuat temujanji di klinik untuk pemeriksaan gigi supaya dapat dipastikan gigi anda dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk menjalani rawatan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pesakit mengalami pemutihan gigi sebanyak sepuluh shade dalam masa satu jam.