Profil Klinik

Klinik Pergigian Zahida telah memberikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti di Seksyen 8 Shah Alam selama lebih dari 20 tahun.


Doktor gigi utamanya, Dr Eliza Ahmad Iqhbal, BDS (Malaya), mempunyai lebih dari 17 tahun pengalaman dalam bidang pergigian, dan setelah 6 tahun bekerja di Klinik Pergigian Zahida, beliau telah diberi peluang untuk mengambil alih pengurusan klinik pada tahun 2006. Klinik telah diberi nafas baru supaya pesakit-pesakit kami dapat mendapatkan rawatan dalam keadaan yang lebih selesa.

Klinik Pergigian Zahida juga bersyukur kerana telah dapat memperolehi perkhidmatan sebilangan doktor serta pakar pembedahan pergigian yang berhemah tinggi untuk memberikan rawatan pergigian berkualiti tinggi kepada anda.

Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu tahap perkhidmatan yang diberikan di Klinik Pergigian Zahida untuk membantu anda mendapatkan segala keperluan pergigian anda.

Nurses
Senyuman Gembira, Sihat, dan Menawan