Perkhidmatan
Cuci Gigi
Untuk perkhidmatan rawatan cuci gigi secara profesional, kos biasa adalah dalam lingkungan RM80 hingga RM150 (bergantung kepada tahap kekotoran gigi).
RM80 – RM150
Tampalan
Menyelamatkan gigi anda adalah keutamaan nombor satu kami. Supaya gigi anda tahan lebih lama, tampalan diperlukan jika gigi berlubang. Kami menggunakan bahan tampalan terbaik untuk menampal gigi supaya anda memperolehi senyuman yang boleh dibanggakan.
RM80 – RM150
Cabutan
Dalam kes di mana gigi terpaksa dicabut kerana tidak dapat diselamatkan, kos untuk cabutan adalah dalam lingkungan RM80 ke atas untuk cabutan biasa, dan untuk cabutan yang lebih sukar dan melibatkan pembedahan kecil RM 250.
RM80 – RM250
Cabutan Gigi/Akar Secara Surgeri
RM250 – RM500
Whitening
Teeth Whitening Chairside — RM1300.
Home Whitening Kit — RM250.
Veneers
Veneer — RM1500 per-tooth.
Composite Veneer — RM300 and above per-tooth.
Ortodontik
Untuk membetulkan susunan gigi berlapis atau tidak teratur.
RM6000
Kami meyediakan kemudahan bayaran ansuran RM150/month, dengan kadar bayaran pendahuluan sebanyak RM1500
Pembedahan Geraham Bongsu
Kami menyediakan rawatan yang dilakukan oleh seorang pakar pembedahan pergigian yang berpengalaman.
RM800 – RM1500
Dentures
Acrylic Denture — RM245 per-tooth.
Valplast Denture — RM645 per-tooth.
Full Denture Acrylic Upper & Lower — RM1800.
Full Valplast Acrylic Upper & Lower — RM3000.
Full Denture Chrome Cobalt Upper & Lower — RM3100.
Korona dan Jambatan
Untuk kes-kes di mana tampalan sahaja tidak memadai, kemungkinan sarung gigi atau korona perlu untuk memperkukuhkan struktur gigi yang telah lemah atau mencantikkan gigi yang bentuknya kurang cantik.
Jambatan gigi adalah sebilangan korona yang bersambung untuk menggantikan gigi yang hilang, yang disimen secara kekal pada gigi yang bersebelahan dengan ruangan tanpa gigi tersebut.
RM600 – RM1800 seunit
Implan
Implan adalah akar gigi tiruan (yang diperbuat dari titanium) yang ditanam terus ke dalam rahang melalui prosedur pembedahan kecil, yang dilakukan oleh pakar pembedahan pergigian kami. Implan gigi berbeza dengan jambatan gigi tradisional kerana tidak bergantung kepada gigi bersebelahan sebagai penyokong.
RM6500 seunit, termasuk korona terakhir
RM800 seunit – Cantuman tulang
Rawatan Root Canal
Pulpotomy (Kanak-Kanak) – RM250
Anterior – RM450
Premolar – RM550
Molar – RM800
* Harga tidak termasuk tampalan kekal, X-ray, dan ubat
